Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Syg Anak Ummi

Lilypie Premature Baby tickers
Lilypie Maternity tickers

Tuesday, July 5, 2011

Petua menghilangkan keguguran rambut!

lamanya xupdate blog....huhuh

lately mengalami masalah rambut gugur yg agak terukla....biasa dengar org kate kalau pas bsalin kbarangkalian utk rambut gugur tu ada, tmbah lg ble baby kuat menyembur+main air liur...habisla rambut ibu/mama/umi berguguran...tak taula ape relevennya..hehehe...

tapi kalau tgk skrg farah memang suka men air liur...siap bbuih2 jadi belon..hahaha...dan skarang rambut saya teruk la gugur...rambut dah pun potong pendek...tapi tu masa abeh pantang, ni macam dah panjang semula....incik hubby dah sound2 dah suruh potong rambut..bukan ape sian tgk bininya kot...bb farah pon kalau umi dukung kadang2 melekat kt tgn ngan muka dia rambut...hahahaha.,..sian anak umi..... tadi dah google2...petua menghilangkan rambut gugur.....nih sy kopipes....


Petua pertama

Pertama sekali selalulah menyapukan perahan air limau nipis untuk menghilangkan kelemumur selama 2 minggu. Kelemumur juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Kemudiannya anda memerlukan santan untuk menyuburkan rambut. Santan perlu dilumurkan keseluruhan rambut hingga kekulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Tidak perlu terburu-buru untuk membasuhnya perapkan dengan tuala untuk setengah jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam.

Buatlah barang sebulan. Bagi anda yang rajin selepas rawatan menyuburkan rambut gunalah daun lidah buaya untuk mendapatkan rambut yang lebih cantik lagi menawan. Caranya ambil lendir daun lidah buaya tu dan sapukan kepada rambut hingga kekulit kepala. InsyaAllah dalam masa 2 bulan rambut anda tidak akan gugur malah semakin cantik dan sihat.

Ini kerana kesan dari khasiat buah limau nipis, santan dan lidah buaya yang sememangnya sesuai dijadikan penawar bagi mereka yang mengalami keguguran dan ketidaksuburan rambut.


Petua Kedua :

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.


Petua Ketiga :

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.


Petua Keempat :

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.


petua 1 tu mcm ok sket, 2 dan 4 pun bleh di cuba...tapi yg ke 3 tu mcm tak lalu jer,..hahaha...pepun nak trylah pasni, kt luar umah ade tanam daun lidah buaya, pokok bunga raya ade je bsepah kt umah mak...apepun mision pasni nak potong rambut bg pendek lg sket...peh tu br leh try petua2 tu...smg bjaya Umi Farah!!... weeeeeee.......

4 comments: