pagi td macam biasa hubby akan mengaji & lepas tu baca tafsirnya. saya tukang dengar sebab saya pulak prefer mengaji belah malam. (tapi jujur cakap saya tak la hari2 mengaji, terukkan saya??) mengaji pun takdelah banyak pun, semuka je biasanya. biarlah sedikit dari tidak membacanya langsung betol tak? so kawan2 marilah kita menyemai sikap membaca Al-Quran nih.
dan pagi tadi bila terdengar salah satu ayat yg dibaca iaitu Al-Imran ayat 28, saya tertarik dan baca sendiri lepas tu. tafsir tu saya dah try google & paste kan kt bawah nih (sumber). ada 1 ni siap ada huraian ayat, saya sendiri pun kurang arif, tapi kalau dari tafsir yg dinyatakan jelas maksudnya saya rasa. Jom baca
"Janganlah orang yang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin melebihi daripada orang yang beriman. Dan sesiapa berbuat demikian nescaya tidak ada daripada Allah sesuatu (pertolongan) jua pun, kecuali (kamu berbuat demikian) kerana memelihara diri kamu daripada sesuatu yang kamu takuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu benar-benar tentang Diri-Nya (Diri Allah) dan kepada Allah jua tujuan kamu."
Huraian: Pengertian terhadap ayat-ayat Allah mempengaruhi jiwa dan minda orang yang beriman. Perhubungan dengan Allah dan pergantungan kepada-Nya menjadi asset yang paling penting bagi manusia. Cita rasa, penghayatan, pemikiran, keinginan dan tindakan orang yang beriman mengambil kira keselamatan dan keuntungan dunia dan akhirat. Orang kafir pula hanya menjurus kepada dunia. Jalan yang dibentangkan oleh orang kafir mungkin memberi manfaat yang besar bagi kehidupan dunia, tetapi menjadi sia-sia di akhirat. Justeru, orang yang beriman tidak seharusnya menjadikan orang kafir sebagai wali atau pemimpin atau pengurus atau sahabat karib atau pelindung melebihi daripada orang yang beriman. Wali yang sebenar adalah Allah dan kewalian daripada Allah diturunkan kepada orang yang beriman. Oleh itu orang yang mengambil orang kafir sebagai wali atau pelindung, dia telah memutuskan dirinya daripada kewalian yang datangnya daripada Allah.
Orang yang beriman dijadikan wali atau pemimpin adalah bagi menjamin keselamatan di dunia dan di akhirat. Tujuan pokok ialah keselamatan dunia dan akhirat. Dunia adalah penting kerana keadaan dunia itulah yang mempengaruhi keadaan akhirat. Dunialah tempat mengerjakan solat, puasa, haji, zakat, berbuat kebajikan dan beramal salih. Oleh kerana orang kafir sangat aktif dalam bidang keduniaan, maka dalam banyak bidang mereka mengatasi orang yang beriman. Mereka menguasai bidang sains, kedoktoran, ketenteraan dan lain-lain. Ilmu dan teknologi mereka lebih canggih dalam mengesan gempa bumi, puting beliung, ledakan gunung berapi dan lain-lain. Bencana alam yang demikian menyebabkan orang kehilangan ahli keluarga, rumah tangga dan kampung halaman. Kecelakaan dalam hal dunia itu akan mengganggu urusan akhirat. Dalam suasana yang demikian adalah wajar jika orang yang beriman menerima orang kafir sebagai pengurus.
Dalam negara yang bermasyarakat majmuk, di mana kekuatan orang kafir mampu menyaingi kekuatan orang yang beriman, tanpa kerja sama boleh menyebabkan pemerintahan negara jatuh ke tangan orang kafir. Sekiranya orang kafir memerintah banyak daripada amalan Islam tidak dapat dijalankan dengan lancar atau terhalang sama sekali. Bagi menjaga kebaikan orang yang beriman, tidaklah menjadi kesalahan jika diadakan pakatan dengan orang kafir.
Kelonggaran yang Allah berikan itu bukanlah jalan keluar yang mudah bagi orang yang beriman. Allah memperingatkan orang yang beriman akan diri-Nya. Tolak ansur, hatta hingga ke tahap mengambil orang kafir sebagai pemimpin, hendaklah dilakukan dengan berhati-hati, berwaspada dan berhikmah. Dasar ketaatan kepada Allah tidak boleh di tolak ansur. Hak Allah mesti didahulukan daripada hak memelihara kesejahteraan orang yang beriman. Kerja sama dengan orang kafir tidak boleh sampai kepada tahap mengadakan Ilah selain Allah atau membenarkan dibina patung di dalam masjid. Orang yang beriman mesti tetap memelihara tauhid. Nilai-nilai Islam yang pada umumnya menjadi nilai-nilai murni kemanusiaan hendaklah menjadi teras kerja sama. Tidak mengapa jika orang kafir tidak mahu memanggilnya nilai-nilai Islam, asalkan nilai tersebut bersesuaian dengan Islam. Pada masa yang sama juga perancangan dan pelaksanaan hendaklah dibuat bagi menambahkan kekuatan orang yang beriman supaya mereka tidak selama-lamanya menadah ihsan daripada kaum lain. Jangan sampai kaum lain dapat menekan orang yang beriman sehingga orang yang beriman kehilangan hak mereka. Dalam melaksanakan perancangan tersebut perlu ada rahsia yang mesti dipelihara daripada kaum kafir supaya pembangunan kekuatan kaum yang beriman tidak disabotaj.
Orang yang beriman hendaklah tidak melepaskan matlamat mereka, iaitu Allah! Memelihara tujuan tersebut dan mengajak kaum lain ke arah itu merupakan kewajipan orang yang beriman. Tugas dakwah, terutamanya secara perbuatan seperti memperlihatkan akhlak Muslim yang murni, perlu dijalankan. Mengajak umat manusia kepada Allah merupakan tugas yang paling murni.
sekarang ni kan bahang pilihanraya dah semakin ketara, itu yg membuatkan saya tertarik & terpanggil utk berkongsi. saya tidaklah memaksudkannya & menujukannya utk mana2 pihak. sebab ilmu saya ni sgtlah cetek utk membebel lebih2, takut tersalah karang saya yg berdosa pulak, tapi dari maksudnya sudah jelaskan. bukan apa biasanya kat tempat saya ni calon bertanding pasti ada dari golongan kafir & Islam, so tepuk dada tanya selera lah kan. sendiri mao ingat,..hehehe,em kalau ada mereka yg lebih arif utk memberikan komen tentang ayat ni sgt dialu2kan.
Pilihan ditangan anda, Renung2kan & selamat beramal... =)
Monday, October 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul tu dik,PRU makin nampak byg2nya kan... calon2 bertanding sanggup buat apa sahaja utk menang dan mana yg bkn islam tu kdg2 masuk campur jugak hal2 kait dgn islam ni..err taknak komen byk,nnt kena saman plak akak huhu
ReplyDeletebetul tu kak, apepun undi adalah rahsia..hehe...so kita senyap2 ajelah iye, takmo ckp lebih2 krg kita yg susah.. =)
ReplyDeletetu la tak berani nk komen kan bab2 cmni cuma kite jdkan pengajaran utk diri sendiri.ratu pun ske bace belah mlm tp skali bace tu 1-2 ms je...takpelakan skit2... :)
ReplyDeletebetul tuh, xleh ckp lelebih..hehe, em yup jadila tuh dari tak sentuh langsungkan...sikit2 lama2 jadi bukit.. =)
ReplyDeleteBg saya mudah...Layakke kita angkat org itu utk menjadi pemimpin kalau pemimpin itu asyik mencarut memaki dn sanggup mendoakn kemusnahan saudara sesama islam ....??jgn kita menidakkan apa yg Allah firmankan...tq mazriza dgn artikal yg bermanfaat ini...
ReplyDeletethanks mr zackarin zam for your comments.. pemimpin skrg baik pembangkang atat pro gov semuanya ada kelebihan & kelemahan masing2.. hanya Allah saja yg boleh menilai mereka dgn setelus2nya.. smg kita membuat pilihan yg betul Insy.. =)
ReplyDelete