Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Syg Anak Ummi

Lilypie Premature Baby tickers
Lilypie Maternity tickers

Monday, October 24, 2011

Tafsir Surah Al-Imran Ayat 28

pagi td macam biasa hubby akan mengaji & lepas tu baca tafsirnya. saya tukang dengar sebab saya pulak prefer mengaji belah malam. (tapi jujur cakap saya tak la hari2 mengaji, terukkan saya??) mengaji pun takdelah banyak pun, semuka je biasanya. biarlah sedikit dari tidak membacanya langsung betol tak? so kawan2 marilah kita menyemai sikap membaca Al-Quran nih.

dan pagi tadi bila terdengar salah satu ayat yg dibaca iaitu Al-Imran ayat 28, saya tertarik dan baca sendiri lepas tu. tafsir tu saya dah try google & paste kan kt bawah nih (sumber). ada 1 ni siap ada huraian ayat, saya sendiri pun kurang arif, tapi kalau dari tafsir yg dinyatakan jelas maksudnya saya rasa. Jom baca

"Janganlah orang yang beriman menjadikan orang kafir sebagai pemimpin melebihi daripada orang yang beriman. Dan sesiapa berbuat demikian nescaya tidak ada daripada Allah sesuatu (pertolongan) jua pun, kecuali (kamu berbuat demikian) kerana memelihara diri kamu daripada sesuatu yang kamu takuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu benar-benar tentang Diri-Nya (Diri Allah) dan kepada Allah jua tujuan kamu."

Huraian: Pengertian terhadap ayat-ayat Allah mempengaruhi jiwa dan minda orang yang beriman. Perhubungan dengan Allah dan pergantungan kepada-Nya menjadi asset yang paling penting bagi manusia. Cita rasa, penghayatan, pemikiran, keinginan dan tindakan orang yang beriman mengambil kira keselamatan dan keuntungan dunia dan akhirat. Orang kafir pula hanya menjurus kepada dunia. Jalan yang dibentangkan oleh orang kafir mungkin memberi manfaat yang besar bagi kehidupan dunia, tetapi menjadi sia-sia di akhirat. Justeru, orang yang beriman tidak seharusnya menjadikan orang kafir sebagai wali atau pemimpin atau pengurus atau sahabat karib atau pelindung melebihi daripada orang yang beriman. Wali yang sebenar adalah Allah dan kewalian daripada Allah diturunkan kepada orang yang beriman. Oleh itu orang yang mengambil orang kafir sebagai wali atau pelindung, dia telah memutuskan dirinya daripada kewalian yang datangnya daripada Allah.
Orang yang beriman dijadikan wali atau pemimpin adalah bagi menjamin keselamatan di dunia dan di akhirat. Tujuan pokok ialah keselamatan dunia dan akhirat. Dunia adalah penting kerana keadaan dunia itulah yang mempengaruhi keadaan akhirat. Dunialah tempat mengerjakan solat, puasa, haji, zakat, berbuat kebajikan dan beramal salih. Oleh kerana orang kafir sangat aktif dalam bidang keduniaan, maka dalam banyak bidang mereka mengatasi orang yang beriman. Mereka menguasai bidang sains, kedoktoran, ketenteraan dan lain-lain. Ilmu dan teknologi mereka lebih canggih dalam mengesan gempa bumi, puting beliung, ledakan gunung berapi dan lain-lain. Bencana alam yang demikian menyebabkan orang kehilangan ahli keluarga, rumah tangga dan kampung halaman. Kecelakaan dalam hal dunia itu akan mengganggu urusan akhirat. Dalam suasana yang demikian adalah wajar jika orang yang beriman menerima orang kafir sebagai pengurus.
Dalam negara yang bermasyarakat majmuk, di mana kekuatan orang kafir mampu menyaingi kekuatan orang yang beriman, tanpa kerja sama boleh menyebabkan pemerintahan negara jatuh ke tangan orang kafir. Sekiranya orang kafir memerintah banyak daripada amalan Islam tidak dapat dijalankan dengan lancar atau terhalang sama sekali. Bagi menjaga kebaikan orang yang beriman, tidaklah menjadi kesalahan jika diadakan pakatan dengan orang kafir.
Kelonggaran yang Allah berikan itu bukanlah jalan keluar yang mudah bagi orang yang beriman. Allah memperingatkan orang yang beriman akan diri-Nya. Tolak ansur, hatta hingga ke tahap mengambil orang kafir sebagai pemimpin, hendaklah dilakukan dengan berhati-hati, berwaspada dan berhikmah. Dasar ketaatan kepada Allah tidak boleh di tolak ansur. Hak Allah mesti didahulukan daripada hak memelihara kesejahteraan orang yang beriman. Kerja sama dengan orang kafir tidak boleh sampai kepada tahap mengadakan Ilah selain Allah atau membenarkan dibina patung di dalam masjid. Orang yang beriman mesti tetap memelihara tauhid. Nilai-nilai Islam yang pada umumnya menjadi nilai-nilai murni kemanusiaan hendaklah menjadi teras kerja sama. Tidak mengapa jika orang kafir tidak mahu memanggilnya nilai-nilai Islam, asalkan nilai tersebut bersesuaian dengan Islam. Pada masa yang sama juga perancangan dan pelaksanaan hendaklah dibuat bagi menambahkan kekuatan orang yang beriman supaya mereka tidak selama-lamanya menadah ihsan daripada kaum lain. Jangan sampai kaum lain dapat menekan orang yang beriman sehingga orang yang beriman kehilangan hak mereka. Dalam melaksanakan perancangan tersebut perlu ada rahsia yang mesti dipelihara daripada kaum kafir supaya pembangunan kekuatan kaum yang beriman tidak disabotaj.
Orang yang beriman hendaklah tidak melepaskan matlamat mereka, iaitu Allah! Memelihara tujuan tersebut dan mengajak kaum lain ke arah itu merupakan kewajipan orang yang beriman. Tugas dakwah, terutamanya secara perbuatan seperti memperlihatkan akhlak Muslim yang murni, perlu dijalankan. Mengajak umat manusia kepada Allah merupakan tugas yang paling murni.

sekarang ni kan bahang pilihanraya dah semakin ketara, itu yg membuatkan saya tertarik & terpanggil utk berkongsi. saya tidaklah memaksudkannya & menujukannya utk mana2 pihak. sebab ilmu saya ni sgtlah cetek utk membebel lebih2, takut tersalah karang saya yg berdosa pulak, tapi dari maksudnya sudah jelaskan. bukan apa biasanya kat tempat saya ni calon bertanding pasti ada dari golongan kafir & Islam, so tepuk dada tanya selera lah kan. sendiri mao ingat,..hehehe,em kalau ada mereka yg lebih arif utk memberikan komen tentang ayat ni sgt dialu2kan.

Pilihan ditangan anda, Renung2kan & selamat beramal... =)

Friday, October 21, 2011

Check up

semalam saya cuti pergi check up. maklumlah saya takde date period, so tak bleh la nak kira sendirilah kan. jadinya, semalam ada appointment dgn gynea utk ukur bb so dari situ leh tahu bila due saya.

gynea kate biasanya dlm kandugan ukuran begini memang tepat kiraanya (dia pernah bgtau gak masa saya ngandungkan farah dulu, ingat lagi tuh!). so semalam kiraanya kandungan saya adalah 8wks 3dys. Doc kira2, due saya InsyaAllah 30 May 2012. =)

dan Doc pun ada printkan pic scan tuh as reference kalau saya nak bukak buku merah. pic tak dan nak upload la. apepun semoga kandungan saya membesar dengan sihat & sempurna hendaknya. Amin.

tau tak masa awal saya tau pregnant tu, saya macam kesiaaaannnn sgt dekat farah. sayu jer sebab kecik2 dah nak jadi kakak. sian takut dia kurang kasih sayang. ada tak antara kawan2 kt luar sana yang pernah rasa macam nih?? tapi sememangnya saya kalau boleh nak bagi farah kawan cepat, tapi tidak sangka secepat ini. apepun saya memang bersyukur sgt2 dan memang akan menjaga kandungan ni sebaik mungkin.

Umi Sayang Farah
Umi Sayang Baby.

=))


alamak tersenget pulak. =p

blog wallpaper

tetiba rasa cam busan plak dgn wallpaper blog nih, lame dah tak disalin bajunya. tadi dah try tuka2, mata tetap nampak kaler pink, purple. tabahkan hati pilih kaler biru. jadinya macam nih.



dan tetiba rasa macam nak muntah plak tgk wallpaper kaler biru nih.boleh?ape2 ajelah ibu ngandung sorang nih, ngade terlebih ape.kahkahkah,tgk wallpaper camtuh pun rase mao muntah pening2... =p,

so kita tukar lagi. konon nak mencari kelainan, tapi takleh masuk plak kaler biru neh. heh!

Tuesday, October 18, 2011

Farah jalan2 kat tasik

hari sabtu aritu nape tah tetiba terajin, bagun pagi2 tu bawak farah g jalan2 tasik. dah lama niat nak bawak, tapi tak terpergi2, alang2 dah segar bugar 'mandi pagi'.. =p, jomlah jalan2. tapi dak kecik tu pergi jalan tanpa di mandikan.hehe.. jom layan pic...




muka adalah masam sebab baru bangun tido dan belum mandi..



agak ketakutan sebab 1st time naik buaian camni, pegang kuat tu depan belakang..hahaha



Farah oh Farah

kesayangan umi ni kejap jer dah nak masuk 9bln. pejam celik dah nak setahun, dan yg paling tak sangka nak jadi kakak dah..huhuh...

macam2 dah kepandaiannya. baru terperasan benda baru yg dia belajar adalah tepuk tangan. masa hari sabtu ari tu lah, tiba2 main2 then tepuk tangan..hahaha..good job, bile nyanyi2 tepuk amai2 sama2 dgn dia sambil tepuk tangan, suka lah sangat. siap goyang2 badan.. =)

sekarang dah pandai respon, bile umi buat2 marah. diam. kadang cebek jugak. bile nyanyi2 lagu2 kanak2 nih dia sukala, siap goyang2 badan, kadang risau sebab badan ala2 tak berapa nak balance. karang gedebuk..hehehe

dah pandai tepuk tangan nih, tengah2 merangkak & main2 tibe2 berenti tepuk tangan jap, bangun tido tiba2 terus tepuk tgn, nangeh2 pun boleh tepuk tangan..kehkehkeh..konpiusla umi syg oi...tapi comel la kamu nih. (sapa lagi nak puji anak sendiri kalau tak omak eh)



her fav,. port, depan almari baju yg gedabak itu. suka berdiri sambil tepuk2 cermin dan tolak2 sliding door. saya yg kadang seriau sebab sliding tu bgerak dgn dia2 sekali, dah berapa kali gak farah gedebuk jatuh, then melalak la..hehehe


mari tepuk amai2, bangun tido, masam tak mandi terus tepuk amai2 depan almari..oh sila abaikan box merah dan kotak tu, borong kt tesco, murah. box tu 2 dgn single ampai 2 (ape tah nama btolnya). tamak, pastu sampai la nih, belum guna pun. weee

lagi sekarang nih farah dah pandai nak mengimbangkan badan. dapat berdiri je nak lepas tgn, omak eh nih lg la kecut2 perut, dahla lepas tangan sambil sengeh, pastu ade ati nak men tepuk amai2 sambil berdiri, kecut perut umi nak. huhuhu...



gigi pun dah banyak, kat bawah dah ada 2 batang tumbuh dgn jayanya. kat atas dah 3 batang keluar, nampak depan macam gigi kapak umi jer..ngeh3... well done farah sayang!

Monday, October 10, 2011

Kehamilan yg tidak dijangka

yer seperti yg korang dah tau...Alhamd maz pregnant utk yg ke 2... Syukur2...

sungguh tak ku sangka!hehehe...mengapakah?

nak tau ceritanya...begini....

saya last period, seingat saya bulan July aritu....delay utk next month test.....tapi adalah -ve...

ok noted...dan tak kisah coz period saya memang jenis berterabur...biasa paling lewat sebulan pun pernah....tu yg xkisah pun....

tunggu2...bulan Aug....tak jugak mai....ce try check lagik... yes dan -ve lagik...udah risau ni...tak pernah la lewat cenggini...tapi masih wat dek jerla....



dan utk kali ke3 tahun berturut2...saya dapat posa penuh...weee.....suka2....sebab?? 1st dulu pregnant gak..tapi gugur....next pregnantkan farah....yg 3rd ni xla pulak pregnant....heehehe

masuk hujung bulan sept... buat keputusan nak jumpa Dr....pergi klinik biasa jerla, check Dr..buat lagi test upt...same gak...biasalah kalau pergi klinik biasa, apa sgtla yg boleh Dr suggestkan, dahla Dr muda belia jer...

so, next week decide g jupe Gynea...nak jumpa yg biasa saya wat treatment dulu, tapi takde pulak.so jupe Dr baru kat ctu. check scan ikut bawah (bukan kat perut tau). Dr kate tak pregnant tapi macam ada cyst sket. ok noted. Dr cakap tak bahaya coz kecik jeh...

ok then Dr tanya itu, ini, last2 dia tanya u nak makan ubat mana 1..dia bg 2 choice..boleh?? sapa yg Dr nih? muahaha.....konpius ya di situ...hentam ajelah...saya choose dhupaston coz dulu pernah makan dgn Gynea yg saya biasa wat treatment. tapi cam lupa function ubat tu ape.
Dr kata kalau lepas makan dalam masa seminggu tak period, dtg lagi.

me n hubby decided to come again, tp nak jumpa Gynea yg biasa tu. bila jumpa ceritala apa masalahnya semula. Dr pun pelik, siap kata I rasa u pregnant la sebab patutnya dah period. dalam hati saya, no la Dr., memang tak amek port pun Dr cakap. then dia suruh saya collect urine, dan buat scan...TGV ke TGS tah namanya,,..ok dgn rela hati buat sambil dalam hati macam takde perasaan ape2...tup2..tahniah u pregnant. Gulp!!..biar betik Dr nih??...memang mata pun dari td duk fokus kat screen...memang nampak ada kantung cenonet jer... Subhanallah!!...

en hubby dah tersengeh2 kat sebelah...bangga la tuh!..heee...Dr berkali2 cakap tahniah...saya? masih terkejut dan tak sangka..sebab?? memang dok set kat mind tak pregnant..tu yg masih di awang2an bile dengar Dr cakap.. eckeli ubat tu ada 2 function, utk period & kuatkan rahim..

Dr suruh dtg lagi minggu depan utk confirmkan kandungan tu betol2 menjadi ke tak. sebab tak nak jadi macam yg 1st dulu.... saya redha & bersedia dgn segala kemungkinan...

Nak jadi cerita, 6hb Oct aritu pergi lagi dan Alhamdulillah progress memberangsangkan...Dr suruh dtg 2 minggu lagi utk confirmkan ukuran janin berapa minggu. sebab saya kan tak period, so memang tak bolehla nak ukur kandungan saya berapa minggu.. =)

dan sekarang memang dah terasa mual2 tapi tak muntah, letih, angin penuh kt perut (gastrik gtula), nak sendawa je kejenya & macam2 lagi...makan pun tak semua bleh masuk. beza sgt masa ngandungkan farah...masa farah dulu tolak batu kayu jer..hehe...cume certain bau jer tak tahanla...

Apepun bersyukur sgt, rezeki dari Allah. masa nak dapatkan Farah dulu macam2 usaha, yerla saya kawen dekat 3 thn baru Farah lahirkan.. =)..kali ni, Alhamdulillah.. Sesungguhnya Allah tahu apa yg terbaik. Semoga Dia memberi kesihatan yg terbaik buat saya, anak2 & keluarga...Amin

Friday, October 7, 2011

Padanlaaa.......

ada cerita hot utk dikongsi (hot ker?)

hmmm.....
padanla lately saya rasa penat jer bile balik kerja......

padanla lately bila dukung farah nak bawak naik atas ke bilik termengah2... (dah gemuk sgt kot? kurang excersize lagi)

padanla lately macam tak lalu nak makan....makan sikit jer dah rasa semacam..macam sebu jer...

padanla perut pun rasa tak selesa...rasa mcam nak period...tapi tak kuar2 jugak (dah 3bln ++ delay, tapi test -ve)

padanla...itu...padanla ini....

rupa-rupanya??? ce teka ce teka......


V




V



V



V



V




V




V



V



woahhh...pjg pulang kena scroll down yer...suspen2!



V



V




V


ya.... ianya +ve, delay 1 months try -ve, 2months -ve lagi...last week baru +ve...
bayangkan saya last period since jun aritu... Subhanallah

farah baru 8months++... apekah? eksiden la....
tidak ku sangka....
apepun terima dengan penuh kesyukuran...
smg Allah melindungi kamu wahai anak2ku...
ada lagi yang nak diceritakan dsebalik nih...nanti saya sambung story lagi
bila ade kelapangan.....

Terima Kasih ya Allah...Alhamdulillah atas rezeki dari Mu ini.....
Semoga Allah memberi kesihatan pada kami...Amin...

Wednesday, October 5, 2011

Wordless wednesday ... =))))

ms bday my mom @ my house..muka adalah comot..kt rumah jerkan.. =)

Monday, October 3, 2011

Latest Farah's toys

seronok sgt dak kecik nih dapat toys baru...
ada 3 set toys ayah belikan semalam...
jalan2 jusco....singgah momcare & terbeli..
plan asal nak beli benda lain...
last2 terbeli benda lain...
coz brg yg dicarinya tak dijumpai...
sempat snap mainan yg ni jer...







oouuchh...pic 18sx....hehehe
yer itu mainan 2 alam
kat luar air boley..
dalam air pon boleh...
sukaaaaa sgt makcik kecik nih...
dapat mandi manda dgn kawan2 baru..h0h0h0