Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Syg Anak Ummi

Lilypie Premature Baby tickers
Lilypie Maternity tickers

Monday, September 12, 2011

Semua Kena Laju2

sekarang dah ada anak semua kerja kalau boleh nak kena buat laju2

bukan ape, si kecik sekarang dah boleh merangkak, duduk dan dah memapah dengan jayanya...

semua benda nak di capai dan kemudiannya.....masuk mulut...nyum2.....

kalau lipat baju sekarang kena cepat2...sambil mata awas pd bb farah.....

masak pun kena cepat2 (kalau ayahnya takde kt umahla)....dak kecik tu akan leka kejap je dlm walker, pastu akan menagis sambil berkejar2an ke dapur utk mendapatkan umminya... alahai anak umi nih...mcm la org nak tinggalkan dia....

mandi pun kena cepat2... (if ayah tada jugak)...sambil jenguk2 dia men kt dlm bilik.... opss kantoi mandi tak tutup pintu..h0h0h0 ......

makan pun cepat2 jugak...terbegik umi cyg...huhuhu..... memang la tak brapa nak feel mkn cepat...maklumlah memang jenis mkn slow & steady..nak menikmati katanya...

hurmm ape lagik....

solat? uish solat takleh la cepat2 sgt....biasa memang akan standby sesiapa to watch her sebab mane voley tgh solat jap2 benti jenguk dia tgh wat hape....

lagi...'ehem2'...opss...tu takleh cepat2, tade feellah kan...so bagi susu kenyang2 & dia tdo br line clear..hiks.... =p

pergi open house & jln raya.....yesss...ini memang dtg mkn2 kejap, borak2 kejap, & ca alif but....b4 dak kecik tu wat hal...tapi so far dia behave je ble bljn raya...& kteorang pun takdelah nak duk umah orang braya sampainakkesubuh! heee....

huish pendek kata semuanyalah kena cepat2...bukan ape, c kecik baru nak pandai explore semua benda keliling dia, so memangla kena tgk2kan dia lebih...semua nak dicapai, nak dimasok molot,... developement phases she had so amazing! (luahan seorang mak yg sungguh teruja!)..

saya percaya ini pengalaman ni jugak yg di alami oleh mommy2 kt luar sana....

betol tak? =)

Thursday, September 8, 2011

Perceraian dikalangan pasangan Islam

takot tak denga tajuk kt atas tu??grrrrr......saya gerun bila dengar....nauzubillah...

saje je mengutarakan tajuk ni sebab pagi tadi dengar kt Ikim.fm. macam menarik jer, itu yang nak share.. btw saya memang suka sgt dengar radio tu pagi2, sebab pada saya isu2 yg diketengahkan memang menarik dan tertarik..

tak caya cuba denga, biasa pagi2 kul 7 ada segmen motivasi pagi sebelum 1 topik dikeutarakn utk dibincangkan, segmen memotivasikan diri tu pun saya suka.. iyerla kita ni manusia biasa, kadang2 lalai dan tak sedar yg kita dah hanyut, bila dengar ceramah pagi2 tu sekurang2nya dapatlah sikit input yg membina dan secara tak langsung kadang2 tu buatkan kita sedar dan bangun utk memperbaiki kelemahan yg ada. eceh skema pulak saya ni.

ok back to the topic, kalau ikut kajian yg dibuat (refer kt radio td) statistik perceraian kt malaysia ni memang tinggi (tak ingat pulak brapa amount) dan boleh dikatakan dalam setiap 15minit akan ada 1 perceraian di Malaysia..



kenapa berlaku?
salah siapa?
suami?
isteri?
pihak berwajib?

di sini kita tak bolehla nak menunding jari sesama sendiri. saya tertarik dgn ada seorang pemanggil tu dia advise, pokok pangkalnya dalam rumahtangga ni adalah pasangan tu tak tinggal melakukan perkara yg wajib, contoh paling senang solat.

macam yg kita biasa dengar, solat tiang agama, tak solat maka runtuhlah rumah tu. macam tu jugak dalam rumahtangga. kalau kita jaga solat (ketua keluarga memainkan peranan penting) dengan baik, InsyaAllah secara tak langsung kita akan menjauhkan diri dengan segala perkara yang mungkar. saya pernah dengar dari seorang ustaz (tak hengat siapa) kalau seseorang yang memang jaga solatnya dan dia menjauhi segala perkara yang mungkar, solatnya diterima Allah. wallahualam. saya pun bukannya pakar nak komen lebih2.

tapi saya setuju dgn caller tuh, kalau kita menjaga hubungan kita dengan Allah, InsyaAllah hubungan kita dengan manusia pun akan lebih baik.



kesian kan kalau pasangan bercerai-berai, lepastu ada anak2 yang jadi mangsa... lepas tu anak2 memberontak dan jadi rosak akhlak...sape yang akan tanggung dosa? mak pak jugak...

lepas tu dengar2 nak cadangan nak memanjangkan lagi tempoh kursus kawen. pada saya kalau panjang2 pun tapi satu pun tak lekat kt kepala membazir ajelah. ape yang penting sekali kualiti kursus tu.

apa yang pasti setiap pasangan yg akan dan sudah berkahwin tu perlu sentiasa refresh matlamat utama perkahwinan dan tanggungjawab masing2.

kesimpulannya marilah kita sama2 menjaga hubungan kita dengan Allah supaya kehidupan kita didunia ni diberkati Allah dan sentiasa berusaha untuk menjadi yg terbaik utk diri, pasangan, keluarga dan masyarakat sekeliling.

Ingat yer, talak tu halal tapi dibenci Allah

Dari Ibnu Umar r.a dari Nabi Muhammad saw beliau bersabda yang bermaksud,


''Perbuatan halal yg dimurkai Allah ialah talak'' (Riwayat Abu Daud dan Hakim)

p/s: gaduh2 manja dan tak brapa manja tu biasalah, bende tu dalam rumahtangga tu adatlahkan,... tapi kena sentiasa beringatlah...hehehe..

Wednesday, September 7, 2011

Wordless wednesday - my princess

dah ada anak ni byk n3 pasal dia jerla....hehe... 1st time as a momy katanya...






Monday, September 5, 2011

1st time raya ber3


Alhamdulillah, tahun ke 3 beraya sebagai suami isteri dan 1st time dapat beraya ber3.. happy nya osah tak dapek acik nak cakap... =)...

tiga hari b4 raya, bb farah kne jab, omak ngan ayah eh xcited punya pasal lopeh cucuk g la jasko shopping (maklum sajalah, ayah baru balik dari offshore, so baru la sempat nak sopink khenn).. nak jadi cerita bb farah melepek jer, rupa2nya demam..huhuhu... sian dia, pepun Alhamdulillah sempat baik b4 raya....akan tetapi mood nya tak brapa nak ok lah...kejap2 meragam...merengek..dan sekarang tersangatlah manja dgn uminya nih...nak berkepit sajalah...alahai anak omak....hohoho..

mao cite panjang tak berapa nak sempat, jomlah kita layan pic ni...

sume pic ni masa pagi raya kt umah in law... petang raya baru blk kg saya kt kolo pilah..

pic malam raya...c budak kecik itu matanya dah layu..tapi masih mengagahkan diri jugak...hee



awal pagi mood ok lagi..

dengan atok...& cousins

kejap je naknya pakai kasut...seb bek beli yg biasa2 jer, kalau mahai2 rugi mak, makanya kena tunggu bb farah pandai jlnlah baru bleh bli kasut lagi..huhuhu

masa ni anak dara tuh tdo dalam bilik..punya la nyenyak..hiruk pikuk kt luar langsung tak sedar...sebab baru baik demam kot, tu yang lesu jer..cian dia..





Salam Aidilfitri

uishh...terlambat sikit nak wish..almaklum sibuk benor katanya...

maka dgn ini, saya ingin mengucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kawan2 diluar sana....


kalau ada salah & silap harap dimaafkan.... 0-0 wokeh!

pic raya akan diupload kemudian ya.. ;)...

Wednesday, August 24, 2011

Perkembangan baby 7 bln..

hujung bulan ni bb farah akan berusia 7bln... kejap je masa tu berlari...pejam celik dah 7 bln anak ummi...rasa mcm baru je semlm rasa melahirkan bb farah... how i miz that moment.. =)..

just nak share info kt bawah nih... happy reading!


Melonjak-lonjak

Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak. Malah, dia boleh duduk tanpa diampu dengan tangannya (dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek. Dia mungkin boleh juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas sambil mengampu dengan lengannya.

-
yer bb farah dah pandai nih...longuh tgn den...hhuhuhu


Belajar memegang

Kemahiran motor halus bayi anda juga akan berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa suasana rumah lebih riuh dari biasa sebab dia sudah tahu betapa seronoknya melentung-lentungkan objek.

Untuk menggalakkan aktiviti motor halus, letakkan alat mainan jauh sedikit dari capaian bayi anda dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepadanya – tapi elakkan dari memberi alat mainan itu. Sebenarnya, dia cuma melepaskan perasaan geram dan dalam sedikit masa akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan fizikalnya jika anda tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi terlalu mudah. Lazimnya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya semula. Ini sudah tentu akan memberi galakan kepadanya dan dia akan mula menggoyangkan badannya ke hadapan dan ke belakang diampu oleh tangan dan kakinya dan dia juga mungkin akan merangkak atau berguling-guling untuk bergerak sampai mengelilingi bilik. Bantulah penerokaan dan pergerakan bayi anda dengan memastikan pakaiannya longgar dan selesa.

-ni pon sudah expert...sumenya nak dicapai... =)...


Tumbuh gigi

Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya.

-ni pon ade dah..so far bile raba2 gusi dia..blah bawah jer dah mula tumbuh sebatang,,..


Menguji autoriti anda

Menjelang waktu ini, anda mungkin telah cuba memberitahu bayi anda bahawa telefon itu bukanlah satu alat mainan. Atau mungkin di rumah anda, anda sering mengingatkan bayi bahawa mainan kelentungnya tidak boleh dicampakkan ke muka anda. Sebenarnya, pada usia ini, bayi anda sedang menguji autoriti anda, dan dia akan melakukan semua ini tanpa mematuhi arahan atau rayuan anda. Sekiranya bayi anda membantah, ini tidak bermakna dia enggan patuh atau dia berdegil – malah dia menggunakan sifat ingin tahunya dan juga telah tidak mengingati larangan anda sebab dia tidak boleh mengingati sesuatu itu untuk lebih daripada beberapa saat. Taktik terbaik ialah bagi anda menyatakan ’tidak boleh’ dan kemudian mengalihkan perhatiannya.

-hehe... biasalah budak2.... yg xbg tuhla dia nak...kadang amek jugak dr tgn bb farah, pehtu melalak la...then tukar dgn benda lain diamlah dia.. =)


Perasaan tak senang ketika berpisah

Jika bayi anda sudah memperlihatkan yang dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya, dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian. Anda akan berasa serba salah sama ada hendak mendukung dan membawanya tidur bersama anda atau anda harus menghiraukan nasihat orang bahawa ini akan membuatkan bayi anda terlalu manja. Jangan risau: tidak menjadi masalah jika anda kadang-kala mengikut kehendak bayi anda dan membawanya tidur bersama anda – tetapi janganlah selalu sangat. Apabila kebimbangan berpisah sudah tiada, anda boleh mengajarnya semula untuk tidur dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidur bersama di katil keluarga

Keengganan bayi anda untuk berpisah dengan anda memang menggembirakan tetapi pada masa yang sama, boleh membuntukan akal juga. Dalam hal ini, amalan yang baik ialah bagi anda mengisikan bakul dengan alat-alat mainannya dan membawanya – bersama-sama bayi anda – dari bilik ke bilik apabila anda hendak menghabiskan kerja rumah; dengan cara ini anda boleh sama-sama berseronok dengan bayi anda.

sudah tentu anda akan sentiasa berdekatan dengan bayi anda pada waktu malam.-iya, memang betul..dah pandai..nampak ummi bgn jer...pandang dgn sayu pehtu cry....ble amek & dukung otomatik sonyap....syg ummi sorang ni...manja kededek...

Kemahiran mengenal

Sekarang bayi anda sudah boleh bermain sorok-sorok dan tahu bahawa patung dalam mainan "jack-in-the box" akan timbul apabila lagu tamat. Bayi juga boleh mengecam nada suara dan perubahan dalam nada suara dan mungkin akan menangis jika anda bercakap kuat.

-haritu neni (my mom) saje2 buat marah kt dia..hambek pehtu cebik2 melalak plak..hahaha..saje jer nak kasi test tgk dia nya respon cemana... so far good development..

Memahami bagaimana objek berhubung kait

Bayi anda mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam cermin itu adalah anda.

Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya.

-em susun mainan tu lom lg la..mainan blok pun takdo lg..hehe...tp utk ba-ba cak & cermin tu yes......


Patung dan permainan yang menyeronokkan

Bayi anda seronok bermain mainan yang sama berulang-ulang kali sebab dia suka perkara yang boleh diduga. Selain main sorok-sorok (rujuk di atas), cuba masukkan juga mainan klasik seperti lari-lari keliling taman dan tepuk-kuih tepuk-kuih (patta-cake patta-cake) ke dalam senarai mainan anda.

Pada usia ini, bayi-bayi juga cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya dan merupakan objek sekuriti baginya sehingga mainan itu bergelumang air liur dan dibawanya bersama-sama ke mana-mana sahaja. Jika anda membeli mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar.

Jika bayi anda mempunyai alat mainan kegemarannya, anda akan mendapati bahawa pepatah “semudah mengambil gula-gula daripada bayi” tidak benar lagi. Walaupun dahulu agak mudah untuk mengambil barang dari genggamannya, kini anda mendapati bayi akan membantah dengan kuat semasa anda mengambil alat mainan dan apa jua barang daripadanya.

-haha...yess....

Adakah bayi saya membesar dengan normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya.


- yup betul tuh...tak semua sama kan...yg pasti tiap bb tu berbeza...cepat ngan lambat jer kan..

Tuesday, August 23, 2011

Tiga Fasa Puasa

sharing is caring

tak pernah tau plak pasal ni, so nak share dgn semua...

dpt info dr cni....http://foren-6.blogspot.com.. jom baca...



· Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.



· Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)

– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.



· Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )
– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.



so korang macam mana....rasa2 berjaya mencapai fasa ke 3 tu tak? hehehe