Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Syg Anak Ummi

Lilypie Premature Baby tickers
Lilypie Maternity tickers

Wednesday, August 24, 2011

Perkembangan baby 7 bln..

hujung bulan ni bb farah akan berusia 7bln... kejap je masa tu berlari...pejam celik dah 7 bln anak ummi...rasa mcm baru je semlm rasa melahirkan bb farah... how i miz that moment.. =)..

just nak share info kt bawah nih... happy reading!


Melonjak-lonjak

Sekarang bayi anda sudah mampu menyokong sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak. Malah, dia boleh duduk tanpa diampu dengan tangannya (dan dengan itu membebaskan tangannya untuk meneroka) di samping dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai objek. Dia mungkin boleh juga naik ke posisi duduk dari posisi baring dengan menolak ke atas sambil mengampu dengan lengannya.

-
yer bb farah dah pandai nih...longuh tgn den...hhuhuhu


Belajar memegang

Kemahiran motor halus bayi anda juga akan berkembang. Pada usia ini, dia sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan anda). Anda juga akan sedar bahawa suasana rumah lebih riuh dari biasa sebab dia sudah tahu betapa seronoknya melentung-lentungkan objek.

Untuk menggalakkan aktiviti motor halus, letakkan alat mainan jauh sedikit dari capaian bayi anda dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepadanya – tapi elakkan dari memberi alat mainan itu. Sebenarnya, dia cuma melepaskan perasaan geram dan dalam sedikit masa akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan fizikalnya jika anda tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi terlalu mudah. Lazimnya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya semula. Ini sudah tentu akan memberi galakan kepadanya dan dia akan mula menggoyangkan badannya ke hadapan dan ke belakang diampu oleh tangan dan kakinya dan dia juga mungkin akan merangkak atau berguling-guling untuk bergerak sampai mengelilingi bilik. Bantulah penerokaan dan pergerakan bayi anda dengan memastikan pakaiannya longgar dan selesa.

-ni pon sudah expert...sumenya nak dicapai... =)...


Tumbuh gigi

Pada masa ini bayi anda mula tumbuh gigi (ini berlaku secara amnya pada usia lima atau enam bulan, walaupun ia boleh bermula seawal tiga bulan atau selewat 12 bulan); dan pada masa ini anda akan dapat melihat dua gigi insisor tengah keluar di atas, diikuti dengan dua gigi insisor sisian. Jangan panik jika terdapat ruang di antara gigi-gigi bayi; ini disebabkan, kadangkala gigi menembusi gusi melalui sudut-sudut yang ganjil, dan apa yang berlaku ialah ruang-ruang itu akan hilang apabila kesemua 20 batang gigi bayi sudah menembusi keluar. Semasa bayi anda mula tumbuh gigi, anda akan melihat bahawa lelehan air liur bayi adalah berlebihan dan bayi juga akan membuat pelbagai bunyi-bunyian untuk menyesuaikan diri dengan benda-benda baru yang asing itu dalam mulutnya.

-ni pon ade dah..so far bile raba2 gusi dia..blah bawah jer dah mula tumbuh sebatang,,..


Menguji autoriti anda

Menjelang waktu ini, anda mungkin telah cuba memberitahu bayi anda bahawa telefon itu bukanlah satu alat mainan. Atau mungkin di rumah anda, anda sering mengingatkan bayi bahawa mainan kelentungnya tidak boleh dicampakkan ke muka anda. Sebenarnya, pada usia ini, bayi anda sedang menguji autoriti anda, dan dia akan melakukan semua ini tanpa mematuhi arahan atau rayuan anda. Sekiranya bayi anda membantah, ini tidak bermakna dia enggan patuh atau dia berdegil – malah dia menggunakan sifat ingin tahunya dan juga telah tidak mengingati larangan anda sebab dia tidak boleh mengingati sesuatu itu untuk lebih daripada beberapa saat. Taktik terbaik ialah bagi anda menyatakan ’tidak boleh’ dan kemudian mengalihkan perhatiannya.

-hehe... biasalah budak2.... yg xbg tuhla dia nak...kadang amek jugak dr tgn bb farah, pehtu melalak la...then tukar dgn benda lain diamlah dia.. =)


Perasaan tak senang ketika berpisah

Jika bayi anda sudah memperlihatkan yang dia resah apabila berjauhan dengan anda pada siang hari, sudah tentu dia akan bertambah risau pada waktu malam. Sekiranya dia terjaga tengah malam, walaupun sebentar saja, dan jika dia tahu anda ada berdekatannya, dia akan merengek untuk mendapatkan perhatian. Anda akan berasa serba salah sama ada hendak mendukung dan membawanya tidur bersama anda atau anda harus menghiraukan nasihat orang bahawa ini akan membuatkan bayi anda terlalu manja. Jangan risau: tidak menjadi masalah jika anda kadang-kala mengikut kehendak bayi anda dan membawanya tidur bersama anda – tetapi janganlah selalu sangat. Apabila kebimbangan berpisah sudah tiada, anda boleh mengajarnya semula untuk tidur dengan sendiri. Walau bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidur bersama di katil keluarga

Keengganan bayi anda untuk berpisah dengan anda memang menggembirakan tetapi pada masa yang sama, boleh membuntukan akal juga. Dalam hal ini, amalan yang baik ialah bagi anda mengisikan bakul dengan alat-alat mainannya dan membawanya – bersama-sama bayi anda – dari bilik ke bilik apabila anda hendak menghabiskan kerja rumah; dengan cara ini anda boleh sama-sama berseronok dengan bayi anda.

sudah tentu anda akan sentiasa berdekatan dengan bayi anda pada waktu malam.-iya, memang betul..dah pandai..nampak ummi bgn jer...pandang dgn sayu pehtu cry....ble amek & dukung otomatik sonyap....syg ummi sorang ni...manja kededek...

Kemahiran mengenal

Sekarang bayi anda sudah boleh bermain sorok-sorok dan tahu bahawa patung dalam mainan "jack-in-the box" akan timbul apabila lagu tamat. Bayi juga boleh mengecam nada suara dan perubahan dalam nada suara dan mungkin akan menangis jika anda bercakap kuat.

-haritu neni (my mom) saje2 buat marah kt dia..hambek pehtu cebik2 melalak plak..hahaha..saje jer nak kasi test tgk dia nya respon cemana... so far good development..

Memahami bagaimana objek berhubung kait

Bayi anda mula memahami bagaimana objek berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Dan jika dia merenung bayangnya di cermin tingkap dan anda tiba-tiba muncul di belakangnya, dia akan berpaling dan mencari anda dengan betul dan tidak akan menyangkakan yang reflekisi anda dalam cermin itu adalah anda.

Jika anda mendapati bahawa mainan jenis sekejap nampak, sekejap tak nampak (baa-cak) amat menyeronokkan bagi bayi anda, ini adalah sebab dia sudah mula memahami bahawa objek adalah sesuatu yang kekal dan akan tertarik kepada permainan di mana orang atau benda muncul dan hilang. Malah, salah satu cara termudah untuk melekakan bayi yang berusia tujuh bulan ialah dengan menyorokkan objek di bawah selimut untuk dia mencarinya.

-em susun mainan tu lom lg la..mainan blok pun takdo lg..hehe...tp utk ba-ba cak & cermin tu yes......


Patung dan permainan yang menyeronokkan

Bayi anda seronok bermain mainan yang sama berulang-ulang kali sebab dia suka perkara yang boleh diduga. Selain main sorok-sorok (rujuk di atas), cuba masukkan juga mainan klasik seperti lari-lari keliling taman dan tepuk-kuih tepuk-kuih (patta-cake patta-cake) ke dalam senarai mainan anda.

Pada usia ini, bayi-bayi juga cenderung kepada patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya dan merupakan objek sekuriti baginya sehingga mainan itu bergelumang air liur dan dibawanya bersama-sama ke mana-mana sahaja. Jika anda membeli mainan lembut yang baru, carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan pop-naik dan anak patung besar.

Jika bayi anda mempunyai alat mainan kegemarannya, anda akan mendapati bahawa pepatah “semudah mengambil gula-gula daripada bayi” tidak benar lagi. Walaupun dahulu agak mudah untuk mengambil barang dari genggamannya, kini anda mendapati bayi akan membantah dengan kuat semasa anda mengambil alat mainan dan apa jua barang daripadanya.

-haha...yess....

Adakah bayi saya membesar dengan normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya.


- yup betul tuh...tak semua sama kan...yg pasti tiap bb tu berbeza...cepat ngan lambat jer kan..

Tuesday, August 23, 2011

Tiga Fasa Puasa

sharing is caring

tak pernah tau plak pasal ni, so nak share dgn semua...

dpt info dr cni....http://foren-6.blogspot.com.. jom baca...



· Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.



· Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)

– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.



· Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )
– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.



so korang macam mana....rasa2 berjaya mencapai fasa ke 3 tu tak? hehehe

Senyum.. =)

hari ni en hubby blk dr offshore kt labuan...

=)))))))))..senyum....

flight mlm, sampai rumah rasanya dlm 11>pm kot...

apepun smg dia Sihat & slamat sampai rumah...amin...

ttiba ase neves plak lamo tak jumpa.. heeeeee...... ;p

Tuesday, August 16, 2011

Baby Farah..Bucuk Umi!

senyuman dan ketawanya yg sungguh meruntun jiwa..... =)
hampir tiga tahun menanti kelahirannya..
love u baby.....
Farah Nazirah....
Umi & Ayah selalu doakan agar Farah membesar menjadi anak yg solehah...Amin...



masa bday neni...(nenek farah aka my mom)


pic atas ngn bawah masa p sopink kt jusco... cheers!!



Monday, August 15, 2011

I miss him...


tetiba nak share perasaan nih...

rindu kt en hubby...

dia takda skrg nih...g offshore since khamis lepas....

b, miz u la.... =(

Friday, August 12, 2011

Ramadhan & Tarawikh sebagai seorang Mommy

Salam Ramadhan buat semua...

Alhamdulillah diketemukan dgn Ramadhan lg tahun ini.... =) Selamat Berpuasa dan selamat melipat gandakan amalan wahai kawan2 semua...pejam celik dah masuk hari ke 12 kita berpuasa...

Tahun ni punya Ramadhan for sure beza sgt dgn tahun2 sbelum ni..sebab? sebabnya mestila kerana ada new member dlm family saya... cik adik manis Farah Nazirah... =)

so waktu berbuka, bersahur dan tarawikh punnnnnnn of kos la kaedah nya bertukar...weee..

Waktu Bersahur
biasa sama ada saya masak yg simple (nasi goreng atau lauk tambahan telur goreng ;p)...takpun paling sonang panehkan je lauk bbuka tuh (biasanya lauk tapau dr umah mama @ in law,.ini diorang yg offer bukan saya meminta2..) hihihi..statement anak mak.....

pastu bila waktu makan sahur ni kena take turn ye wahai kawan2... memandangkan bilik tidur kt atas, dan biasanya bb Farah tido, so saya turun dulu siap2kan makanan & makan dulu... then baru la turn en hubby....


Waktu Berbuka
hari kerja biasa berbuka kt rumah...makanan adalah dmasak simple2 saje...lauk utama biasanya dari sumber my mama dan mom in law...

kalau dulu masa idop be2, biasa gilir2 buka kt umah mama ngn in law,..tapi dah ber3 ni prefer bbuka dirumah ajelah coz ase penat sgt lah,..kalau abes tarawikh tu gedebak gedebuk 10>pm baru sampai rumah.. dah penah try 2x masa awal pose tuh..tak larat la den...sebab buat tarawikh pon take turn..hehehe


Tarawikh
masa b2 biasa g masjid...takpun bjemaah kt umah in law....dah b3 ni haruslah bgilir...dan saya setia mengerjakannya di rumah...kalau bb farah tido, boleh la saya ngn hubby bjemaah, kalau dia tak tido biasanya dia suka merengek2 kalau takda org layan, tapi kalau di layan suuukaaa sgt...ketawa tak hengat punya..hehehe

oleh sebab itu saya kena lah tunggu en hubby blk dari masjid/surau & take over jaga dia, then barulah saya bertarawikh sendiri...

oh ini sekadar berkongsi pengalaman baru saya sebagai seorang ummi, bukan bermaksud nak eksyen/riak/takbur kerana bertarawikh yer...ini juga sebagai bekongsi pengalaman utk bakal2 mommy kt luar tu... =)

sekian saja....

p/s:oh btw, utk ibu Rania AzZahra, sorry dear tag u tu tak dan nak buat la..smpai xpired dah..huhu..anyway, thanks ya, jgn serik men'tag' lagi... =)...kiz for Rania

Wednesday, August 3, 2011

Wordless wednesday....- d best moment!


d best moment!.......................... luv u syg!
*masa ni farah umornya dekat2 2bln

Power pumping till today

hi, lama tak update...biasanya kalau masuk bulan Ramadhan ni memang akan sibukkkkk sesangat.... =) saya suka bln ni coz semua orang berlumba2 nak melipat gandakan ibadat...

ok2 kembali pada topik kt atas tuh, nak update progress power pumping sy...rasa dah bbrapa hari gak buat tapi tulah, mcm tak berdisiplin plak coz rasanya ada 2x tu sementara brehat nak tgu next pumping session acik melolap kan mato nih...skali lolap terus sampai subuh...hahahaha.... hampeh tol la... so memang ke laut la...huhuh...

plus sy kena melipat gandakan usaha utk itu masa kt opis gakla & makan + minum dari sumber2 yg boleh merangsang pengeluaran susu...

setakat hari ni (dah seminggu) dengan jadual pump yg ala2 tak brapa nak konsisten tu (sebab jadual ada lari sket masuk Ramadhan coz sampai rumah lambat biasanya...dlm 10>++mlm.. biasa gilir bbuka,..rumah family sendiri & rumah in law...(ape da ayat?!?#%@$%^)

masa hari ke 3,4 pump, dah ade keluar cecair jernih, mcm air masak...tapi tak banyak pun...basah2 sket jerla... so sgt gembira dgn perubahan ni...dr mula2 tu memang takda kuar ape2 pun...

so saya kena bekerja keras lg utk mendapatkan hasil... =)))))))

semoga segala urusan dpermudahkan Allah...aminnn....